Penjenamaan Semula Produk Pembiayaan KOPETRO

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Mesyuarat  Lembaga  KOPETRO Ke 391 (Bil : 02/2013) bertarikh 9 Mac 2013 telah meluluskan penjenamaan semula produk-produk pembiayaan KOPETRO selaras dengan pelancaran logo baru KOPETRO.

Sehubungan itu, berkuatkuasa pada 15 Jun  2013, semua produk pembiayaan sedia ada akan ditukarkan kepada nama yang baru. Penjenamaan semula ini dibuat hanya melibatkan perubahan nama produk-produk pembiayaan sahaja dan tidak mengubah sebarang terma dan syarat yang sedia ada.

Untuk maklumat lanjut, anggota boleh merujuk kepada Bahagian Perkhidmatan Pelanggan KOPETRO di talian 03-21611990 dan 03-21611995.

 

 

Back to News