KOPETRO telah terlibat secara aktif di dalam Forum International Co-Operative Alliance (ICA) Global Conference And General Assembly 2017 (ICA KL 2017) pada 14 hingga 17 November 2017 yang lalu. Acara berlangsung di Sunway Pyramid Hotel & Spa, Petaling Jaya, Selangor. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Datuk Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Seramai 1500 peserta telah menghadiri forum yang terdiri daripada peserta di dalamdan di luar negara. Objektif utama forum ini diadakan bertujuan untuk membantu dan membimbing seluruh koperasi untuk lebih berkembang sekaligus melonjakkan perniagaan koperasi ke peringkat antarabangsa.

Antara wakil KOPETRO yang hadir ke ICA KL 2017 iniialahEncik Khairu Najhan Bin Zainuddin, Pengerusi KOPETRO, Datuk Haji Abdul Razak Bin Hussain, Setiausaha KOPETRO, Tuan Haji Adam Bin Keling, Bendahari KOPETRO, Anggota Lembaga KOPETRO danEncik Abdol Alim bin Yaacob, Ketua Pegawai Eksekutif KOPETRO serta Pengurusan Kanan KOPETRO.

Datuk Haji Abdul Razak bin Hussain, Setiausaha KOPETRO dan Tuan Haji Adam bin Keling, Bendahari KOPETRO turut menghadiri bengkel berasaskan pembangunan dan perniagaan koperasi di lokasi yang sama.


KOPETRO juga telah menyertai MACCOPS dan membuka booth selama 5 hari (15 hingga 19 November 2017).Karnival Produk dan Perkhidmatan Koperasi Malaysia atau lebih dikenali sebagai MACCOPS berlangsung di Sunway Pyramid Convention Centre, Petaling Jaya, Selangor. Initiatif tersebut dalam usaha untuk memartabatkan produk-produk dan perkhidmatan koperasi ke peringkat nasional. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Monique Lerouq, Presiden International Co-operative Alliance (ICA).

Oleh : Mahathir bin Rahim
Foto : Mohd Syahmi Amir Al-Hafiz bin Abdul Razak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *