Pada tanggal 30 Oktober 2017adalah hari yang penting dan bermakna untuk KOPETRO. Buat julung-julung kalinya KOPETRO telah menyambut ulang tahun ke 37 dengan cukup meriah di ruang legar Bangunan Megan Avenue II, Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur. Dari segi sejarah, KOPETRO telah ditubuhkan pada 30 Oktober 1980.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Encik Khairu Najhan bin Zainuddin, Pengerusi KOPETRO.Majlis memotong pulut kuning menjadi simbolik perasmian Hari KOPETRO. Hadir bersama menyambut Hari KOPETRO ialah Datuk Haji Abdul Razak bin Hussain, Setiausaha KOPETROmerangkap Penasihat Majlis Sambutan Hari KOPETRO 2017, Tuan Haji Adam bin Keling, Bendahari KOPETRO.

Anggota-anggota Lembaga KOPETRO, Encik Abdol Alim bin Yaacob, Ketua Pegawai Eksekutif KOPETRO danEncik Ridzuan bin Zainal Abidin, Pengerusi Majlis Sambutan Hari KOPETRO 2017 serta Pengurusan Kanan KOPETRO. Objektif sambutan Hari KOPETRO adalah untuk memperkenalkan produk dan perkhidmatan yang terbaik KOPETRO dan subsidiari kepada orang awam.Tetamu kehormat yang hadir ialah Cik Mastura binti Mohd Khalid, Timbalan ketua Eksekutif Dasar & Operasi PTPTN, Tuan Mejar Kamaruddin, Ketua Pengurusan, Bahagian Perkhidmatan Kesihatan, Markas ATM.

Menurut Pengerusi KOPETRO, Encik Khairu Najhan bin Zainuddin, program ini bertujuan memberi kesedaran kepada umum mengenai perniagaan yang dijalankan oleh KOPETRO.

Menurut Encik Ridzuan bin Zainal Abidin di dalam ucapan aluannya, “Tujuan program ini buat julung-julung kali diadakan bagi memperkenalkan perniagaan KOPETRO atau awareness kepada masyarakat umum. KOPETRO menjalankan pelbagai jenis perniagaan bukan semata-mata untuk anggota KOPETRO yang terdiri daripada kakitangan PETRONAS tetapi juga kepada syarikat-syarikat luar, sama ada sektor kerajaan atau korporat” .

Program diteruskan dengan majlis perasmian ‘Food Truck LengQuas’ yang dikelola oleh KOPETRO Catering Sdn Bhd. Kehangatan Hari KOPETRO dirasai dengan kemunculan artis jemputan, Chef Selebriti, Jaafar Onn. Encik Khairu Najhan bin Zainuddin, Pengerusi KOPETRO merasmikan ‘Food Truck LengQuas’.

Tetamu kehormat dan orang ramai mengunjungi ke setiap pameran KOPETRO yang terdiri daripada KOPETRO Travel & Tours Sdn Bhd, KOPETRO Trading & Services Sdn Bhd,KOPETRO Catering Sdn Bhd, KOPETRO Ventures Sdn Bhd,KOPETRO Retail Sdn Bhd, KOPETRO Hotel &Resorts Sdn Bhd, KOPETRO Food Sdn Bhd, Excel Training & Country Resorts Sdn Bhd dan Membership & Credit.

Kunjungan tersebut mendapat sambutan baik dari semua pengunjung daripada pelbagai sektor. PTPTN juga telah membuka booth kepada pengunjung.

KOPETRO juga telah memberi pengiktirafan kepada kakitangan yang telah lama berkhidmat dan berjasa kepada syarikat. Seramai 10 orang telah menerima Anugerah Khidmat Setia mengikut kategori kakitangan yang telah berkhidmat 25, 30 dan 35 tahun.

Acara diteruskan lagi dengan peragaan busana dari KOPETRO Retail Sdn Bhd yang diketuai oleh Encik Shamsudin bin Haron. Pertunjukan peragaan pakaian menjadi tumpuan sekaligus mendapat perhatian umum.

Di dalam majlis sambutan tersebut, Encik Mohd. Syahmi Amir Al Hafiz bin Abdul Razak bertindak selaku Pengacara Majlis manakala Ustaz Abdullah Feizal memimpin bacaan doa.

Oleh : Mahathir bin Rahim
Foto : Mahathir bin Rahim