KOPETRO KEKAL KOPERASI TERBAIK

Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) sekali lagi mendapat pengiktirafan koperasi terbaik apabila dianugerahkan Koperasi Keenam Terbaik di peringkat Wilayah Persekutuan.

Pengiktirafan tersebut diperolehi di Majlis Penyerahan Sijil dan Plak 100 Koperasi Terbaik anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia pada 22 Februari 2017 di Kuala Lumpur International Hotel, Kuala Lumpur.

Datuk Haji Abdul Razak bin Hussain, Setiausaha KOPETRO mewakili KOPETRO untuk menerima Anugerah Koperasi Keenam Terbaik Peringkat Wilayah Persekutuan. Encik Abdol Alim bin Yaacob, Ketua Pegawai Eksekutif KOPETRO turut hadir.

Hadiah telah disampaikan oleh Dato’ Haji Abdullah bin Mahmood, Pengarah SKM Wilayah Persekutuan. Beliau juga telah merasmikan Seminar Pembiayaan Koperasi yang diadakan sebelum Majlis Penyerahan Sijil dan Plak 100 Koperasi Terbaik di hotel yang sama.

Majlis ini diadakan sebagai pengiktirafan kepada gerakan koperasi di atas sumbangan yang telah diberikan kepada pembangunan sosio-ekonomi negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *