PENGIKTIRAFAN PEMATUHAN SYARIAH

KOPETRO berjaya memperolehi Pengiktirafan Pematuhan Syariah bagi keseluruhan Produk Pembiayaan Kredit KOPETRO dari Jawatankuasa Syariah ANGKASA dan Unit Pematuhan Syariah, Bahagian Pembangunan ANGKASA pada 25 Oktober 2016 di Hotel Aliya, Klang, Selangor. Majlis penyerahan sijil telah diadakan sempena Seminar Kebangsaan Fiqh Muamalat Dalam Gerakan Koperasi 2016 anjuran Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA). Sijil Pematuhan Syariah kepada koperasi-koperasi yang telah berjaya mengemaskini semua transaksi dan aktiviti ke arah Pematuhan Syariah serta telah disahkan oleh Jawatankuasa Syariah ANGKASA.

Majlis perasmian dan penyerahan sijil disempurnakan oleh Dato’ Haji Abdul Fattah bin Haji Abdullah, Presiden ANGKASA. KOPETRO diwakili oleh Datuk Haji Abdul Razak bin Hussain, Setiausaha KOPETRO, Tuan Haji Adam bin Keling, Bendahari KOPETRO dan Encik Abdol Alim bin Yaacob, Ketua Pegawai Eksekutif KOPETRO.