KOPETRO SEPULUH KOPERASI TERBAIK DI MALAYSIA

KOPETRO berjaya mengekalkan kedudukan Sepuluh Koperasi Terbaik di Malaysia di dalam tempoh 8 tahun berturut-turut. Kejayaan ini adalah pencapaian terbaik di dalam sejarah KOPETRO semenjak ditubuhkan pada 30 Oktober 1980. KOPETRO juga memenangi Anugerah Koperasi Terbaik Kategori Sektor Pelancongan dan Kesihatan. Majlis berlangsung pada 21 Julai 2016 di Medan Tuanku, Kuala Lumpur.

Hadiah telah disampaikan oleh Datuk Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan sempena Hari Koperasi Negara Peringkat Wilayah Persekutuan 2016.

Datuk Haji Abdul Razak bin Hussain, Setiausaha KOPETRO dan Tuan Haji Adam bin Keling, hadir mewakili KOPETRO untuk menerima anugerah tersebut.

Datuk Haji Abdul Razak menganggap kejayaan ini adalah hadiah paling bermakna dan bersejarah untuk KOPETRO. KOPETRO berada dalam kelompok Sepuluh Terbaik dari 12,000 buah koperasi di seluruh Malaysia.

Menurut Datuk Haji Abdul Razak “Saya berbangga di atas kejayaan cemerlang ini dan menganggap kejayaan ini adalah pencapaian paling bermakna serta bersejarah untuk KOPETRO. Kini KOPETRO berada dalam kelompok 10 terbaik dari 12,000 buah koperasi di seluruh Malaysia”.

“Kejayaan ini tidak akan tercapai tanpa usaha dan kerja keras dari semua pihak sama ada daripada Anggota Lembaga, Jawatankuasa Audit Dalaman, Perwakilan, anggota, Pengurusan dan kakitangan KOPETRO. Semoga kita terus bersama-sama mengekalkan momentum dan memastikan usaha-usaha berterusan di dalam perniagaan agar kita dapat terus bersaing”, tambah beliau.

Hari Koperasi Negara (HKN) adalah merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Majlis ini diadakan sebagai pengiktirafan kerajaan kepada gerakan koperasi di atas sumbangan yang telah diberikan kepada pembangunan sosio ekonomi negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *