MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN KOPETRO KE 33

KOPETRO telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan kali ke 33 pada 21 Mei 2016 di Hotel Royal Chulan Kuala Lumpur dengan jayanya.

Mesyuarat tersebut telah dihadiri seramai 75 orang perwakilan dari seluruh negara termasuk 15 orang Anggota Lembaga KOPETRO. Mesyuarat telah berjalan dengan lancar meluluskan semua 19 Agenda yang dibentangkan.

Mesyuarat Agung Perwakilan kali ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Teks ucapan beliau dibacakan oleh Dato’ Sri Jamil bin Saleh, Ketua Setiausaha, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Di dalam majlis perasmian tersebut, Dato’ Sri Jamil telah melancarkan 2 kad istimewa untuk kegunaan anggota-anggota KOPETRO iaitu kad KOPETRO-JAKEL dan kad KOPETRO-SOGO serta di dalam majlis yang sama turut melancarkan bas persiaran baru KOPETRO.

Menurut Dato’ Seri Hamzah, ”Selaku Menteri yang bertanggungjawab di dalam hal ehwal koperasi, saya menyeru supaya anggota-anggota koperasi terus menyokong aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh koperasi. Penyertaan aktif dan kesetiaan anggota akan menentukan kejayaan koperasi memandangkan anggota adalah pengguna dan pemimpin gerakan koperasi di pelbagai peringkat”.

Menurutnya lagi, “Solidariti dan komitmen tinggi anggota-anggota menyokong perniagaan oleh sesebuah koperasi akan memberi impak positif kepada koperasi dan anggota itu sendiri”.